27 March 2012

Kes Kanak-kanak Hilang!

ASSALAMUALAIKUM.

kalau baca pada tajuk je, mesti anda sume dh fahamkan topik apa saya nak katakan.
KANAK-KANAK HILANG! iya, sejak kebelakangan ini, banyak berita tentang kehilangan kanak-kanak. kes ini seakan menjadi musin. kenapa sy kata begitu? sebab jika kita perhatikan, sekiranya seorang kanak-kanak yang hilang, pasti akan disusuli dgn berita kehilangan yang lain. remaja juga tidak kecuali! ok, sy nak cerita satu persatu.





ini kes yang menyayat hati. Dirang, kanak-kanak yang dijumpai rentung kerana dibakar. dipercayai hilang akibat kecuaian ibu yang leka bermain FB dan atas sebab dendam ke atas keluarga kanak-kanak malang ini. adakah benar semua dakwaan ini? wallaualam. tapi, pada pendapat sy, atas sebab apa membalas dendam ke atas seorang kanak-kanak yang masih tidak mengerti apa-apa? di mana letaknya pemikiran waras si pelaku itu? dibakar hidup-hidup? sy terfikir, tidak terdetik ke perasaan kasihan ketika si kecil ini meronta-ronta kesakitan? tetapi, seperti yang kita ketahui, apabila nafsu amarah itu menguasai diri, pasti semua perasaan tersebut hilang. puaskah hati si pelaku itu? si kecil ini pasti akan ke syurga tapi dia? tatkala membaca berita ini, sy teringat kes beberapa tahun lepas. Sharlinie yang masih tidak tahu di mana dan Nurin Jazlin yang menjadi ingatan buat rakyat Malaysia pada suatu ketika dahulu. kes Nurin menjadi bualan ramai sehingga ke luar negara dan dikatakan antara pembunuhan kejam. kini, Dirang pula. di mana kesudahannya? jawapannya, pasti tiada. kerana pemikiran manusia zaman kini lebih dikuasai oleh nafsu, bukan akal.



Apa perasaan anda ketika melihat gambar di atas ini? mayat kanak-kanak berusia 2 tahun mati lemas. kanak-kanak yang baru ingin mengenali dunia di persekitarannya, lemas di Taman Tasik Titiwangsa. kanak-kanak ini dikatakan hilang ketika dalam jagaan ibunya ketika bermain di taman permainan yang berdekatan. sekali lagi, puncanya adalah disebabkan kecuaian ibu. mengapa ini berlaku? apa yang terjadi sehingga si ibu tidak perasaan kehilangan anaknya? tidak bernilai ke permata kecil ini sehingga mengabaikan? ini bukan satu-satunya kes di mana kanak-kanak lemas. banyak lagi sehingga sy tak mampu utk mengupasnya.

iya, sy masih muda dan belum berkahwin, tapi sy menyedari bahawa anak-anak kecil merupakan amanah dari ALLAH. kita semua boleh katakan kematian anak-anak ini adalah takdir tapi sikap kecuaian? fikir-fikirkanlah. sy dah tak sanggup lagi membaca berita buruk tentang kehilangan sebegini. masih banyak sebenarnya kehilangan kanak-kanak tidak didedahkan oleh tabloid tempatan tapi yg dikeluarkan pun sudah cukup membuatkan sy sedih dan takut.

BAGI IBU BAPA DI LUAR SANA, JAGALAH PERMATA ANDA SEBAIK-BAIKNYA. JANGAN BIARKAN KEHILANGANNYA DITANGISI SEPANJANG HAYAT.



No comments:

Post a Comment