ASSALAMUALAIKUM.
hye awk yg sdg baca entry ni! apa khabar semua? hope u ols sihat hendakNYA. as we know, skrg kita berada dalam bulan Syaaban. Alhamdulillah diri ni ketemu lg dgn malam NISFU SYAABAN. Alhamdulillah, tahun ni sgt berbeza dgn tahun sebelumnya sbb malam tersebut berpeluang meluangkan masa mendengar ceramah tentang NISFU SYAABAN di Surau Al-Hidayah Taman Mega Jaya, Ampang. Selepas solat maghrib, secara berjemaah membaca surah Yasin. ada yg mengatakan malam tersebut lebih afdal baca 3x surah Yasin. tapi..benar kata Ustaz Saiful Bahri, apa guna baca 3x surah Yasin andai tajwid tidak dijaga kan? lebih elok jaga pembacaan yg sekali itu. kan lebih bagus? Ustaz turut mengatakan kata2 yg menyarankan pembacaan Yasin 3x itu bukan dtg dr Nabi Muhammad. Sumbernya tidak diketahui. tapi..tidak salah andai membaca 3x..lagi bagus..cuma jagalah tajwid kan..:)
terus terang sy katakan..sy bersyukur tinggal di rumah sewa skrg..kerana sy berkesempatan utk menunaikan solat berjemaah n mendengar kuliah maghrib. sungguh! diri terasa begitu bersyukur apabila berpeluang memperoleh solat berjemaah. sy akui, sudah lama sy tidak solat berjemaah. kini, apabila memiliki masa n peluang, knp sy harus mengelak? kan solat berjemaah itu 27x lebih pahala dari solat bersendirian. alhamdulillah! sy mmg sgt bersyukur kerana menjalani praktikal di Ampang n tinggal di rumah sewa skrg. mudah2an sy dan teman2 istiqamah dalam aktiviti harian skrg yg kami jalani. pergi skolah..kul 7 lebih, gerak ke surau. bahgia begini! tenang sangat diri ni. syukur Ya RABB!
banyak sgt kelebihan apabila berjemaah di surau. terlalu byk! bukan kami nak ambil kesempatan tapi rezeki ALLAH itu mmg berada di mana2 sahaja. kami dapat berjimat dalam soal makanan di waktu malam. sbb makanan disediakan selepas solat isyak tiap kali ada kuliah. sy sendiri merasai rasa berjimat di situ. since sy di alam praktikal, byk duit keluar utk hal mengajar, , sewa umah, bil2, duit minyak n brg2 umah. jadi, bila dapat berjimat d bahagian makanan, mmg bersyukur sgt. alhamdulillah Ya ALLAH! pakcik makcik yg jemaah d surau juga mengalu2kan kedatangan kami n mereka sgt mesra. itu lagi bermakna buat kami. mereka sgt baik. even baru kenal sehari, ada kakak tu beri kami pinjam fridge dia. even kecil saja, tapi itu dah lebih dari cukup sis! dan buat kami lebih terkejut, bila akak tu kata tu hadiah perkahwinan nya. Ya ALLAH, kakak tu mmg sgt baik. insyaALLAH, kami akan menjaga baik2 fridge tu. :)
TERIMA KASIH ALLAH ATAS REZEKI MU!
No comments:
Post a Comment