RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Hari : Rabu
Tarikh : 21 Mac 2012
Masa : 30 minit
Bil. Kanak-kanak : 20 orang
Fokus : (ST 3.0) Menyiasat Alam Kehidupan
Standard Kandungan : (ST 3.1) Memperoleh pengetahuan asas tentang bahagian badan
Lingkungan Umur : 5 tahun
Standard Pembelajaran Murid : (ST 3.1.2) Mengenalpasti bahagian tubuh badan
(ST 3.1.3) Mengenalpasti organ deria dan menyatakan fungsi setiap organ deria ini
Aktiviti / Tajuk : Mari Kenali Anggota Badan
Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran, murid-murid akan dapat :
i. Mengenal anggota badan
ii. Mengetahui fungsi kepala, mulut, tangan, badan dan kaki
iii. Memahami setiap fungsi anggota badan yang diterangkan
Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Kad gambar anggota badan, komputer riba
Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid mengetahui maksud anggota badan
Penerapan Nilai : Usaha, yakin, gembira dan berani
MASA/
LANGKAH ISI
KANDUNGAN
AKTIVITI GURU
AKTIVITI MURID CATATAN/
BBM
Set induksi
(5 minit)
Menunjukkan anggota badan (kepala, tangan, kaki, mulut, telinga, hidung) 1. Tanya nama anggota badan yang murid ketahui dan meminta mereka menunjukkan anggota tersebut. 1. Memberi respon terhadap arahan guru.
Langkah 1
(5 minit)
Video anggota badan 1. Mempersembahkan video tentang anggota badan. 1. Menonton video yang dipersembahkan. Komputer riba
Langkah 2
(10 minit)
1. Menunjukkan kad gambar kepala, mulut, tangan, badan dan kaki.
2. Mempersembahkan video tentang fungsi anggota badan tersebut.
3. Menanyakan fungsi anggota badan selain daripada yang dipersembahkan.
1. Menonton video yang dipersembahkan.
2. Mendengar penerangan guru.
3. Memberi respon terhadap soalan guru.
Kad gambar anggota badan, komputer riba
Langkah 3
(7 minit)
Lagu ‘Bila Anda Gembira’
Bila anda gembira,
Tepuk tangan.
Bila anda gembira,
Hentak kaki.
Bila anda gembira,
Geleng kepala.
Bila anda gembira,
Goyang badan.
Bila anda gembira,
Kata Hoorey!
1. Menyanyikan lagu ‘Bila Anda Gembira’ berkaitan anggota badan yang dipelajari sambil melakukan pergerakan.
1. Menyanyi bersama sambil menggerakkan anggota badan.
Penutup
(3 minit)
Sesi soal jawab 1. Menanyakan perasaan murid-murid tentang aktiviti yang telah dijalankan.
1. Menyatakan perasaan terhadap aktiviti yang telah dijalankan.
Refleksi : _______________________________________________
*ini adalah RPH yg kumpulan sy lakukan bagi subjek Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2..RPH ini adalah berdasarkan KSPK..smoga dapat dijadikan panduan..:)
No comments:
Post a Comment