ASSALAMUALAIKUM.
Hye anda yang sdg baca entry ini! harap anda semua sihat sejahtera hendaknya ya. Tapi sy ketika ini sdg alami sakit tekak. Sy ni kalau sakit tekak, rasa risau mesti muncul sbb takut keluar darah masa batuk. memang sakit tekak yg teruk kan. Alhamdulillah, setakat ni tak berlarutan sampai seminggu. Jd, anda jgn risau ya! hehe
ok. back to my topic for this entry. Kali ini sy ingin berkongsi tentang aktiviti sy pada sabtu yg lepas pd 12 Mei 2012. Dari pagi hingga malam, ada sahaja aktiviti sy dan teman-teman. Mari kita mulakan pada sebelah pagi ya. Seawal 6.30 pagi dah bangun (sepatutnya lagi awal), solat n mandi. Bergegas ke SITC sbb terlibat dgn HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI PERAK sebagai AJK PENDAFTARAN. Sesampainya di sana, kami antara yg terawal. AJK utama yg sepatutnya hadir awal pun tidak kelihatan lagi. seperti biasa, janji Melayu. ALLAH! bukan nak kutuk bangsa sendiri tapi diri ini juga akui kelemahan itu. Semoga diri ini memperbaikinya di masa hadapan. insyaALLAH! Sebenarnya, keadaan pada awal pagi itu agak kelam kabut sbb arahan yang tidak jelas dan nyata. lagi teruk apabila kami tidak tahu arahan mana kami perlu patuhi. Di sini sy nampak kelemahan pada pengurusan utama program tersebut. Bukan sahaja pada kami tap turut melibatkan pihak lain dan orang luar. Memang kasihan melihat krew PRODUKSI BOBOIBOY yang penat angkut barang2 ke sana sini disebabkan oleh arahan yang bertukar2. Kemudian, orang luar seperti kaum ibu bapa yang membawa anak kecil utk menyertai aktiviti kanak-kanak juga kelihatan bingung dgn situasi yang sebegitu. Maafkan kami ya, kami juga tidak mengetahui tentatif sebenar program tersebut secara keseluruhan. Kami hanya terlibat dengan aktiviti larian.
Aktiviti larian bermula selepas senamrobik. Keadaan ketika itu juga sedikit kelam kabut. Tapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan tepat pada masanya. Para peserta dilepaskan di pintu utama UPSI. Sungguh teruja melihat mereka bersemangat untuk memulakan larian. Terimbau kembali zaman sekolah masa merentas desa! hehe...dah lama tinggalkan nostalgia itu. Aktiviti larian itu berakhir dalam sekitar 9.45 pagi. Wah, berpeluh2 mereka semua! Habis basah kertas pendaftaran. heheh bersemangat sungguh mereka! Tahniah buat semua peserta! kemudian, sebelum ke Bitara utk sesi post mortem n lunch, sempat lagi meronda-ronda khemah jualan n pameran. Niat hati nak naik flying fox tapi tak sempat sebab mengejar masa utk ke Bitara. Jadi, hanya mampu melihat! Selepas selesai segala hal di Bitara, kembali ke padang. hehe merayau lagi! kali ini, best! sbb berkesempatan melihat AUTO SHOW. sangat teruja sebab ini pertama kali melihat pameran kereta sebegitu meriah dan bingit! terdetik di fikiran, berapa banyak la mereka semua ini menghabiskan duit untuk menghias kereta tersebut. Tapi kalau dah minat n kehendak, semuanya tidak mustahil kan. ada teman yang snap pic n ni 1 je pic yg ada pic sy. hehe. jangan kutuk ya! muka kepenatan sedikit terserlah.
Selepas puas merayau, jam 2.30 ptg sy dan teman pulang ke rumah. memang sangat penat! sesampai di rumah, pas solat, terus tumbang di atas sejadah. hehehe...kemudian jam 5 bangun, siap2 n solat, pergi pula ke PASAR MALAM. aih, sanggup kan! hehe demi pau goreng, sanggup aje! best! cuba la cari kat pasar malam TM, sangat sedap! ini pengaruh rakan sebaya sebenarnya. haha..smpai di rumah jam 7...mandi, solat n siap2, bergegas pula ingin ke PANGGUNG PERCUBAAN di kampus baru utk menonton TEATER AIR.
Di atas ini merupakan poster utk teater tersebut. Kalau ikut penat, memang sy tak akan pergi. Tapi atas sokong kepada sahabat2 yang terlibat, sy kuatkan juga semangat untuk ke sana. Tahniah buat mereka semua! sememangnya mereka begitu berani untuk tampil di atas pentas dan persembahkan bakat mereka. hampir kesemua mereka adalah pelajar PAKK dan paling penting watak utama iaitu MURNI adalah teman sy sendiri iaitu SAIDAH NAFISAH. apa2 pun, mereka semua adalah terbaik. Kemenangan bukan lah suatu kemestian tapi kepuasan diri dalam memberi sesuatu adalah kepastian. Biarlah kamu semua tidak memenangi tempat utama tapi yang pasti kalian telah melakukan sesuatu yang sgt terbaik! Kami semua yang menonton berasa bangga dengan kalian. Keep up da good work guys! Sebenarnya kan, sy terasa ingin menyertainya jika ada peluang dan kesempatan sebab berasa sedikit cemburu dengan keberanian mereka semua. shhhh...ini rahsia! :)
haha my name to haha
ReplyDeletethnks for coming...
hahhaa....mmg sje letak nme penuh u..nk hyperlink, x bp nak reti..:)
ReplyDelete