24 May 2012

TASKA IMPIAN!


ASSALAMUALAIKUM.

Hye awak yg sedang baca entry ini! cantik tak logo di atas? logo ni adalah logo utk Taska Impian kami iaitu B.I.Z. Kids. Bagi subjek pengurusan bersama Puan Afzan, kami diminta utk merangka proposal taska @ tadika. Dalam proposal tersebut, kami menerangkan tentang segala perkara yg diperlukan untuk membina pusat jagaan kanak-kanak. Antaranya ialah tentang pelan, susun atur perabot, kewangan, menu makanan, kurikulum, pengurusan organisasi dan aktiviti yg dijalankan.

Sepanjang proses menyiapkan proposal tersebut, kami telah mengagihkan tugas antara kami yg seramai 6 orang iaitu sy sendiri, Fatin, Saidah Nafisah, Anis Sakinah, Syar'fa Husna dan Haslinda. Pada awalnya, mmg kami semua agak kurang pasti dalam penghasilan proposal yg ingin kami hasilkan. Namun, alhamdulillah, selepas 13 minggu kuliah, berkat kerjasama dan pertolongan daripada Puan Afzan sndiri, kami berjaya menghasilkan proposal pusat jagaan impian kami. InsyaALLAH, smoga proposal tersebut memberi manfaat kpd kami semua pada satu hari nanti.

Pandangan sy sendiri, pengalaman dalam menghasilkan proposal ini memberi banyak manfaat. Ianya memberi pengetahuan baru kpd sy untuk menubuhkan pusat jagaan jika diberi peluang nanti. Ya, sy akui sy sendiri mempunyai impian utk mempunyai pusat jagaan kanak-kanak sendiri, tapi sy amat berharap sy mampu peroleh pengalaman sebagai PENDIDIK terdahulu sebelum memiliki pusat jagaan sendiri. Sy percaya bahawa pengalaman juga adalah guru terbaik dlm kehidupan seseorang. Maka, utk memiliki taska  @ tadika sendiri, sy harus pastikan sy memiliki pengalaman yang luas dalam dunia kanak-kanak dan perniagaan. INSYA'ALLAH. 

Take with love! ^__^

No comments:

Post a Comment