25 March 2012

APA ITU KAA 3043 ??

ASSALAMUALAIKUM.

Sebelum saya memulakan penulisan sy, sy dgn senang hatinya nak berkongsi isi pembelajaran utk subjek PENGURUSAN PROGRAM AWAL KANAK-KANAK (KAA 3043).

Kursus ini akan memberi tumpuan kepada langkah-langkah penubuhan pusat pendidikan awal kanak-kanak yang berkaitan dengan perlesenan dan kebenaran. Kursus ini juga akan menumpukan kepada  pengurusan dan pentadbiran pusat pendidikan awal dari segi perancangan pengurusan, dan pelaksanaan kurikulum, masa, ruang, sumber, inventori, personel, dan pemakanan agar perlaksanaan program dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.


Di bawah ini pula, merupakan objektif kursus untuk 14 minggu kuliah :


1.        Mengaplikasikan langkah-langkah bagi menubuhkan pusat pendidikan awal kanak-kanak.

2.        Mengenal pasti dan melaksanakan cara pengurusan dan pentadbiran pusat yang sitematik dan berkesan.

3.   Menghasilkan serta melaksanakan ide-ide yang proaktif, inovatif dan kreatif  memajukan pengurusan dan pentadbiran pusat pendidikan awal kanak-kanak.

4.        Bekerja secara berpasukan untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan.

 Kesimpulan, sy berpendapat bahawa kursus ini memberi pendedahan kepada kami untuk membuka perniagaan kelak. insyaALLAH. Selain daripada itu, kursus ini menerangkan program yang bersesuaian yang boleh diaplikasi andai ingin membuka taska sendiri. Saya sendiri berminat untuk membuka pusat penjagaan kanak-kanak tapi saya ingin peroleh pengalaman sebagai pendidik kerana pendidik merupakan cita-cita saya dari kecil lagi. semoga apa yang saya dan anda ingini tercapai.. AMIIN!! :)




No comments:

Post a Comment