28 March 2012

Keperihatinan itu Perlu.

ASALAMUALAIKUM

Beberapa hari yg lepas, sy dan kawan-kawan ada mengunjungi ke sebuah Tadika. Kunjungan tersebut adalah bagi memenuhi keperluan dalam subjek KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK. Tugasan utk subjek tersebut memerlukan kami mengadakan temubual utk menanyakan tentang bentuk kurikulum dan segala perkara yang digunapakai oleh tadika.

Apa yang ingin sy perkatakan di sini ialah sy tersentak apabila penyelia tadika tersebut berbicara tentang kewangan mereka. Sy berasa terkejut apabila penyelia itu mengatakan yuran bg sorg murid hanyalah RM45 sebulan. Terdapat 3 kelas iaitu kelas 4 tahun, kelas 5 tahun dan kelas 6 tahun. Sy terfikir dan terus bertanya cara pembayaran gaji kepada guru-guru. Sememangnya duit yuran adalah utk gaji guru juga termasuk makan pagi murid-murid. Kalau 10-15 tahun dahulu, RM45 itu sudah cukup besar nilainya tapi di zaman skrg? Berbaloi ke dengan perbelanjaan kini yang semakin meningkat? Namun, masih ada juga ibu bapa yang tidak memahami keadaan itu dan lewat membayar duit bulanan. Kalau sy di tempat penyelia tersebut, sy berasa tidak senang duduk dgn kewangan sebegitu. Tetapi apabila melibat ketabahan dan sikap pemurahnya, sy berasa kagum dan berbangga kerana beliau mampu menghadapinya.

Setelah ditanya tentang itu, sy bertanya tentang sumbangan. Jawapannya, TIADA. Tiada sumbangan disalurkan kepada tadika tersebut walaupun pada pandangan sy, Pengerusi tadika tersebut adalah seorang yang berpengaruh. Tiada usaha daripada beliau ke untuk mendapatkan dana bagi tadika tersebut? Itu persoalan yang bermain di fikiran sy. Di mana tanggungjawabnya sebagai pengerusi? Atau hanya perasmi semasa konvokesyen sahaja tugasnya? Sy berasakan tadika itu harus dibantu dari segi kewangan bg meningkatkan kualitinya. Kini, kita di tahun 2012 di mana dunia yg mementingkan pendidikan. Dan seperkara lg, tadika tersebut adalah di bawah nama sebuah persatuan tetapi tiada sumbangan diperoleh. Pelik bukan? Di mana keperihatinan Pengerusi dan persatuan tersebut? Hanya tinggal persoalan.

Bg pendapat sy, dalam pengurusan sebuah perniagaan, sumber kewangan adalah amat penting di zaman sekarang. Sumber kewangan yang mencukupi mampu meningkatkan kualiti sesuatu produk itu. Disebabkan itu, wujudnya frasa 'NO MONEY, NO TALK'. Sama-sama fikirkan keperluan selaras dengan kemajuan dunia. wallahualam.

p/s: tiada tujuan utk mengaibkan mana-mana pihak. hanya perkongsian pendapat.

No comments:

Post a Comment