ASSALAMUALAIKUM.
Dalam dua tiga hari, sy dan kumpulan tugasan melakukan beberapa tugasan di tadika dan taska. Ada tugasan meminta kami mengadakan sesi pengajaran dan ada juga untuk melakukan kajian ke atas murid. Bg tugasan mengajar, kami ada 2 slot iaitu utk subjek Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran atau lebih dikenali sbg KPD dan juga utk subjek Mathematics for Early Children.
Bagi subjek KPD, kami memilih utk mengajar subjek sains iaitu berkaitan dengan anggota badan dan fungsi. Kami telah menjalankan aktiviti tersebut di 2 buah tadika yg berbeza. Hal ini demikian kerana bg P&P yg pertama, kami lakukan bersama kanak-kanak transit dan kami merasakan sesi tersebut tidak berjaya secara keseluruhannya kerana tidak mampu mengawal kelas. Iyelah, waktu ptg kan. Kanak-kanak tersebut hanya mahu bermain sahaja, bukannya belajar seperti di waktu pagi. Oleh itu, kami lakukan di sebuah lagi tadika di waktu pagi. Keadaannya mmg berbeza. Kanak-kanak lebih memberi perhatian dan mendengar kata. Mmg seronok bersama mereka! Kemudian, utk subjek Math pula, kami juga lakukan sebanyak 2 kali di tempat yg berbeza. Utk P&P yg pertama, bukanlah tidak berjaya tapi kanak-kanak lebih berminat utk bermain berbanding utk memberi fokus pd guru. ini amat berbeza dgn kali ke 2 P&P walaupun ianya dilakukan pada waktu pagi. Bg P&P kali ke 2, kami lakukan bersama kanak-kanak transit di mana mereka lebih byk memberi kerjasama. Hal ini mungkin kerana isi kandungan kami sesuai utk kanak-kanak berumur 6 tahun dan bukan 5 tahun. Jadi, suasana penyampaiannya berbeza.
Di taska pula, kami jalankan kajian ke atas seorang kanak-kanak berusia 4 tahun berdasarkan Teori Perkembangan Piaget dalam Tahap Praoperasi. Kami sediakan air, pensil, duit syiling, tanah liat dan biskut untuk menjalankan kajian tersebut. Ini adalah untuk menunjukkan konsep pengekalan (CONSERVATION) yang dimiliki oleh kanak-kanak tersebut. sangat seronok bila melihat mereka memberi respon. ianya sgt memberangsangkan. :)
Sememangnya, apabila bersama kanak-kanak, hati yg tidak tenang pun berasa sejuk. Sy akui dlm beberapa hari, hati sy tidak tenang kerana sikit masalah tetapi apabila bersama ciptaan ALLAH ini, semuanya hilang! Hati yg panas beransur sejuk. Hati yg tidak senang berasa selesa. sungguh unik makhluk kecil ALLAH ini.
Bersama topik ini, ingin sekali sy berkongsi anak buah sy berusia 5 tahun (MUHAMMAD ARIEF ZUFAYRI) dan baby baru berusia 15 hari (UMAR NUFAIL). Seorang yang sgt disayangi dan seorang lagi yg sgt dirindui (sbb x berkesempatan nk jumpa newborn tu lg..sob3).
COMEL KAN?? hehe they r my lovely frutti sons... ateh love ARIEF & UMAR so much!
No comments:
Post a Comment