ASSALAMUALAIKUM.
Hye awk yg sdg baca entry ini! what's up? hope u guys in a good health. alhamdulillah, sy sihat wal-afiat walaupun kepenatan. Hari ini hari pertama sy sebagai guru pelatih. Alhamdulillah semua urusan di sekolah berjalan lancar. Ya ALLAH, betapa diriku ini nervous bila kaki mula melangkah keluar dari kereta dan menghala ke pejabat sekolah. Mendengar sapaan "assalamualaikum, cikgu" buat hati ini sedikit lapang. Berasakan kehadiran kami berempat dialukan walaupun masih tidak secara rasmi. Paling tidak disangka apabila diri ini duduk di hadapan murid2. Melihat mereka beratur di hadapanku, terimbau kembali kenangan dulu dan pagi 25 Jun 2012 mencatit pengalaman pertamaku duduk sebaris dgn para guru yg lain utk diperkenalkan kpd semua warga sekolah. Part paling kelakar adalah diri ni diperkenalkan sebagai PUAN. fuhh!! i'm still CIK yg available. rasa mcm turun sikit saham dgn cikgu2 bujang masa tu...hahaha...something fishy here! ok, stop it Mar!
continue..selepas perhimpunan, terus menghala ke kelas dan mendengar sedikit taklimat drpd guru pembimbing. Alhamdulillah, setakat perbualan yg telah diadakan, guru2 sgt memahami dan membantu. Semoga semua ini berterusan sehingga akhirnya. insyaALLAH, amiin!
Keluar dr sekolah jam 1.50 selepas mendengar kata2 GPK1 dan GPK HEM. tapi smpai di rumah jam 5. perjalanan yg sepatutnya hanya 20 minit jd 3 jam sbb pergi beli barang di Carrefour. Beli selipar, air, jajan, beli makanan n solat. Sesampai di rumah, hati jd haru sebab air masih takde! arghhhh!! rasa sgt geram. janji lewat mlm smlm tp skrg dah sampai 48 hours. sakit ati! sabar je la...selepas puas merehatkan diri, kaki ni melangkah bersama2 housemates ke surau Al hidayah utk ambil air dan mandi. Alhamdulillah, dapat menunaikan solat maghrib n isyak berjemaah plus mendengar kuliah maghrib berkaitan 'doa n kematian'. Dalam kesulitan, ada hikmah yg tersembunyi. kami dpt mengenali jiran setempat (pakcik makcik) yg sgt mesra dan peramah. InsyaALLAH, esok kami akan ke sana lagi utk berjemaah n mendengar kuliah lg.:)
sampai di rumah, air dah ada tapi hanya rumah tingkat bawah dapat sebab tekanan air tak sampai hingga aras 2 ke atas. dengan tenaga yg masih berbaki, turun kembali bersama baldi2 n botol2 kosong. hurmmm...kepenatan yg sgt x terhingga rasanya! tapi still, mampu menulis entry ni kan..haha..ok, sy dah nak stop. esok kna bangun awal nak g sekolah. semoga hari esok n seterusnya lebih baik. insyaALLAH.
take care with love, gorgeous! ^__^
No comments:
Post a Comment